mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN Pi1M Q4 2017 – SENICIENTA SPA

USAHAWAN SPA DAN KESIHATAN WANITA

Nama : Norasmah Binti Mohamed Yusof 
Umur : 51 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Nor merupakan seorang Pengusaha Spa yang diberi nama Norbayu Spa sejak 2005 dan beliau mula aktif dalam memberi perkhidmatan perbidanan pada tahun 2009 sehingga sekarang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli KOIL, Puan Nor hanya menjalankan rawatan mengikut permintaan saudara terdekat , kenalan-kenalan rapat dan menggunakan kaedah tradisional melayu dalam rawatan berpantang dan penjagaan bayi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menyertai program yang dianjurkan di KOIL iaitu Siri Camboh, Abihreng dan Kemah, Puan Nor dapat mempelajari kaedah pengiklanan kemahiran yang digunakan secara lebih rasmi sebagai contoh penciptaan logo dan nama perniagaan yang lebih komersil untuk tujuan penjenamaan. Beliau juga mula mewar-warkan perniagaan tersebut kepada komuniti Kemaman secara lebih meluas dengan menggunakan platform media sosial, kemudahan google maps dan juga aktif dalam whatsapp supaya lebih dekat dengan sasaran pelanggan beliau.