mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN Pi1M Q4 2017 – BIG SATE KERTEH

USAHAWAN SATE KERTEH

Nama : Ahmad Faizal Bin Muhd Saat 
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

En. Faizal mula berniaga sate sejak tahun 2005 di kawasan rumahnya. Sate yang dijual digemari penduduk setempat kerana keenakan sate tersebut adalah dari resepi turun temurun keluarga En. Faizal.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli KOIL, En. Faizal dan isteri hanya menjual secara offline dan mendapat permintaan dari kenalan dan jiran-jiran terdekat. Penjualan sate dikenali melalui hebahan mulut ke mulut dan mendapat sambutan dari penduduk sekitar Kertih.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menyertai program yang dianjurkan di KOIL iaitu Siri Camboh, Abihreng dan Kemah, En. Faizal dan isteri mula menggunakan media sosial seperti FB Pages, Whatsapp.my, Google maps untuk mengiklankan produk mereka secara lebih meluas di sekitar Kemaman. Selain itu, beliau dan isteri juga mempelajari kaedah membuat logo dan kaedah pembungkusan dengan lebih kemas dan cantik untuk proses penjenamaan semula produk sate yang diusahakan.