USAHAWAN ONLINE
| Nama | : Nur Muliana binti Mohd Yusuf |
| Umur | : 30 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Puan Muliana merupakan seorang graduan dari Universiti Multimedia dalam jurusan Elektronic Engineering Bio-Instrumentation dan pernah bekerja di bahagian Sales dan Marketing di dalam sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia. Dalam masa yang sama beliau kerap merantau ke negara-negara luar sebagai salah satu hobi disamping membantu rakan-rakan yang ingin mengirimkan pembelian dari negara tersebut.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli KOIL, perkhidmatan PS dijalankan melalui permintaan pelanggan-pelanggan yang pernah mengirimkan barang untuk dibeli iaitu pelanggan tetap. Namun, dari masa ke semasa pelanggan beliau semakin ramai dan wujud satu idea untuk menjadikan perkhidmatan ini sebagai perniagaan yang lebih rasmi dan juga untuk mengatasai cabaran dan kesukaran yang dialami oleh pihak PS sendiri.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas menyertai kursus Camboh, Abihreng dan Kemah di KOIL, beliau mewujudkan idea untuk mencipta website OOTOOZ SHOPPER’S MINION dimana laman ini memberi kemudahan dan keuntungan kepada pihak BUYER, SHOPPER dan SELLER. Di dalam sistem ini, pihak BUYER dapat mencari PS yang dipercayai, membuat pembayaran antarabangsa, mendapatkan maklumat berkenaan masa dan kos-kos terlibat dan isu berkenaan risiko kualiti makanan yang ditempah manakala pihak SHOPPER juga dapat menguruskan arahan yang lebih sistematik, sistem menyediakan ruangan rating PS dan maklumbalas pelanggan. Bagi pihak SELLER pula, mereka akan mudah mendapat pelanggan baru, mudah menyediakan promosi diluar kawasan dan sebagainya. Dengan adanya sistem ini, Puan Muliana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatannya, malah juga dapat memberi peluang perniagaan kepada pihak terlibat dengan lebih efektif, efisyen dan teratur.