mcmc
Laporan Aktiviti

Smart Diagnostics Business

Tarikh : 3 Februari 2018
Masa : 10 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Kemaman Open Innovation Lab (KOIL)
Peserta : 8 orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang usahawan tempatan yang diketuai oleh En. Tunku Abd Mohd Zulfahme selaku penganjur dalam menjayakan kelas Smart Diagnostics Business bertujuan memantapkan lagi kemahiran keusahawanan usahawan tempatan dalam aspek kewangan.

Aktiviti

-Memberi pendedahan tentang pengurusan perniagaan dari peringkat penjanaan idea, penentuan

 harga, pengurusan kewangan dalam  perniagaan, penjenamaan sehingga kepada kaedah

 mengendalikan pelanggan

-Memberi pendedahan berkenaan kos kos penting yang terlibat dalam sesebuah perniagaan dan

 bagaimana cara untuk menguruskan aliran masuk perniagaan

-Mempelajari kaedah penyimpanan rekod dan dokumen penting dalam perniagaan

-Mendedahkan kaedah pengurusan modal yang efektif.

-Mengenalpasti masalah/kelemahan setiap usahawan untuk diselesaikan 

 

Gambar Program