Sejarah KOIL

Maklumat Setempat | 9 April 2017

KOIL merupakan salah satu program utama di bawah Projek Komuniti Pintar Kemaman. Projek ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd (MSD DI) di daerah Kemaman dengan memfokuskan penggunaan perkhidmatan jalur lebar secara terbuka kepada seluruh komuniti di Kemaman melalui program-program dan aktiviti yang dapat mengembangkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan.

KOIL telah mula beroperasi pada 1 September 2015 dan ditempatkan di Bangunan Akademik Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman Terengganu. Terdapat 12 Pusat Internet 1 Malaysia di daerah Kemaman, KOIL merupakan generasi baharu bagi Pusat Internet 1 Malaysia dan dikenali sebagai Fasa Clawback 2014.