Program KOIL 2017 : Siri 1 Camboh (Amali & Pendedahan 1)

Laporan Aktiviti | 5 September 2017

 

Sesi Amali & Pendedahan selama 3 hari x 3 minggu ini adalah sesi bimbingan bagi peserta menyiapkan kedai online mereka serta kaedah terbaik bagi memastikan ianya mencapai kumpulan sasaran perniagaan masing-masing, dengan kaedah-kaedah yang terbukti.

Sesi Amali & Pendedahan (Minggu ke-1)

Kelas ini dihadiri oleh 25 orang usahawan tempatan yang telah mempunyai perniagaan kecil-kecilan untuk meluaskan pasaran serta automasi perniagaan atas talian. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Pembangunan Jenama Dalam Talian dan Kedudukan, Persembahan Produk (Shoot & Copy), Pembangunan & Konfigurasi Kedai Dalam Talian dan Pemasaran Dalam Talian, Pengiklanan, Komunikasi & Penglibatan.

Khamis – Sabtu, 10 – 12 Ogos 2017, 9.00 pagi – 5.00 petang

Gambar Program

Link PDF