Produk tempatan bagi penduduk setempat adalah lemang yang berada di bahu jalan menghala ke arah Chukai. Jarak perjalanan dari KOIL adalah sejauh 8km dan hanya memakan masa selama 10 minit. Lemang adalah antara produk yang popular dijual di Kijal dan juga di Kemasik. Lemang juga merupakan juadah tradisi apabila menjelang hari raya dan juga juadah minum petang bagi penduduk setempat.

