mcmc
Pendidikan

Pendidikan

 

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman Terengganu adalah salah satu daripada 20 IKBN di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan di Malaysia. Ia terletak di Jalan Kemaman-Dungun, Kemasik iaitu kira-kira 22 km dari bandar Kemaman melalui Jalan Kemaman-Dungun. Institut telah ditubuhkan di kawasan seluas 50 ekar yang mampu menampung sehingga 500 pelatih pada satu masa dan telah mula mengambil sesi pertama pada Julai 2011. Kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Kemasik antaranya adalah Hotel, Hospitaliti, Multimedia dan Perkhidmatan Peribadi. Kemudian, IKBN Kemasik juga menawarkan 8 program yang akan dipelajari iaitu Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri, Penyediaan Roti, Kaunter Hadapan, Pengemasan Bilik, Pendandan Gaya Rambut, Terapi Kecantikan, dan Video dan Penerbitan Multimedia.

Terdapat 5 jabatan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, iaitu Jabatan Pengurusan, Jabatan Pentadbiran, Jabatan Perakaunan, Penyelarasan dan Jabatan Kawalan Kualiti, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selain daripada bangunan pentadbiran dan bengkel pengajaran, IKBN Kemasik juga menyediakan kemudahan lain seperti Perpustakaan, Padang Hoki, Gelanggang Futsal, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Bola Tampar, Masjid, Dewan Makan, Kuarters, Asrama, Dewan Serbaguna, Kafeteria dan lain-lain lagi untuk penggunaan para pegawai, kakitangan dan pelajar IKBN Kemasik dan juga untuk disewa oleh orang ramai .