mcmc
Maklumat KOIL

Maklumat KOIL

 

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Lab Inovasi Terbuka Kemaman (KOIL) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). KOIL merupakan Pusat Internet Satu Malaysia (PI1M) yang telah diinovasikan untuk menyediakan khidmat capaian jalur lebar internet menggunakan peralatan IT dan komputer individu yang membolehkan komuniti setempat menikmati kelajuan internet yang lebih maksima berbanding PI1M sebelumnya. Dengan kewujudan KOIL, komuniti setempat akan mendapat kemudahan perkhidmatan seperti penggunaan peralatan IT, penggunaan internet, latihan penggunaan perisian komputer dan penggunaan kios untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi disamping untuk memudahkan usahawan-usahawan muda mempromosikan produk dan servis yang dijalankan dalam komuniti setempat. Sejajar dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI), kewujudan KOIL diharapkan dapat menyumbang ke arah kejayaan inisiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti dengan penggunaan IT yang lebih produktif.

Objektif KOIL

  • –Kemudahan akses internet secara kolektif
  • –Pendedahan teknologi IT kepada komuniti setempat
  • –Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial
  • –Merapatkan jurang digital antara komuniti
  • –Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan