Maklumat Am

Maklumat Am | 2 September 2015

 

Lab Inovasi Terbuka Kemaman (KOIL) terletak di Kemasik dan kira-kira 22 km dari Bandar Kemaman melalui Jalan Kemaman-Dungun. KOIL ditubuhkan di Bangunan Akademik Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik. Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kertih dan Kijal diantara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih. Penduduk seringkali mengunjungi bandar yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat seperti institusi perbankan, pasaraya-pasaraya besar dan perkhidmatan kerajaan dan swasta seperti pejabat pos, klinik dan sebagainya. Kedudukannya yang strategik dan sistem perhubungan yang efisien memudahkan penduduk untuk keluar dan juga memudahkan pengunjung yang ingin datang bersantai disini. Kemasik juga pernah menjadi venue permulaan peringkat 9 Le Tour de Langkawi 2012 dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7 KM.