mcmc
Makanan

Makanan Popular di Kemaman

Bersempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, anda digalakkan menggunakan beautiful Terengganu Apps untuk memudahkan perancangan melawat ke Terengganu. 

Terengganu bukan sahaja negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik, malah juga terdapat pelbagai jenis makanan yang popular dan enak untuk dinikmati. Bagi yang ingin merasai keenakkan makanan tradisi Terengganu, anda juga boleh melawat Warung Che Wan di daerah Kemaman yang terkenal dengan makanan ringan seperti keropok Lekor, Satar, Otak-otak yang tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan. Otak-otak di daerah Kemaman berbeza daripada negeri yang lain kerana menggunakan hirisan isi ikan segar dan disalut dengan rempah dan tepung istimewa.

Bukan itu sahaja, di Kemaman juga terkenal dengan roti bakar berintikan jem sekaya dan kopi pekat Hai Peng Kopitiam sesuai untuk makan pagi dan juga minum petang. Bagi yang meminati lemang, anda juga boleh menikmati keenakkan lemang di Bazar Lemang Kijal. Terdapat lebih dari sepuluh buah kedai yang menyediakan lemang dan anda boleh pilih kedai mengikut citarasa masing-masing. Di Kemaman, tidak sah kalau belum merasai makanan tradisi Terengganu dari zaman berzaman seperti Nasi dagang, Nasi Kerabu dan juga Nasi Kunyit. Ketiga-tiga jenis makanan ini diperbuat dari beras pulut dan masih menjadi kegemaran penduduk di Kemaman.