Antara tempat makan yang menarik dan menjadi tumpuan warga setempat adalah di My Dream Cafe yang terletak sejauh 1.6km dari Kemaman Open Innovation Lab (KOIL). Waktu puncak bagi Kafe tersebut adalah pada waktu tengahari kerana juadah yang disediakan adalah lauk pauk citarasa kampung. Berikut adalah gambar juadah yang disediakan oleh Kafe tersebut.
Antara lauk yang paling popular di Kafe ini


Pandangan hadapan My Dream Cafe

Selain itu, terdapat beberapa kedai yang menyediakan juadah makanan tengahari di sekitar mesra mall iaitu terletak di seberang jalan berhadapan mesra mall kemasik yang juga menyediakan lauk pauk citarasa kampung dengan pilihan yang pelbagai dan harga yang berpatutan. Jarak untuk ke destinasi tersebut adalah sejauh 5.3km dan hanya memakan masa selama 6minit dari Kemaman Open Innovation Lab (KOIL).

