Kursus TTT Lego Robotik
Kursus ini dihadiri oleh 20 orang peserta yang merupakan guru sekolah rendah dan menengah di Daerah Kemaman yang bertujuan untuk mempelajari bidang sains dan teknologi dalam penciptaan robotik menggunakan lego set mindstorm EV3.
Bengkel Lego (Train The Teacher) ini merupakan program anjuran MCMC dengan kerjasama bersama PPD Kemaman bagi memantapkan lagi kemahiran para guru Sekolah Rendah dan Menengah dalam menggunakan dan mengendalikan set Lego. Ini bagi memastikan para guru mahir dalam mengendalikan set Lego tersebut seterusnya dapat melatih dan mengajar para pelajar dengan lebih berkesan untuk pertandingan.
Khamis – Jumaat, 24 – 25 Ogos 2017, 9.00 pagi – 5.00 petang