| Tarikh | : 24 Oktober 2018 |
| Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Kemaman Open Innovation Lab (KOIL) |
| Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang program utiliti iaitu program perisian yang melakukan tugasan tertentu termasuk mengurus dan mengemaskini penggunaan komputer dan thumbdrive dengan betul. Menyelesaikan masalah untuk mendapatkan fail yang hilang dari thumbdrive.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan thumbdrive dengan betul disamping menguruskan dan mengemaskini dokumen yang ada di dalam thumbdrive. Memperkenalkan program antivirus untuk melindungi komputer daripada ancaman program atau arahan yang datang dari virus, worm, trojan dan lain-lain ancaman.