Jumlah Ahli KOIL

Maklumat Setempat | 9 April 2017

Sejak tertubuhnya KOIL, seramai 610 orang telah berdaftar sebagai ahli KOIL yang terdiri daripada kategori pelajar, Sektor Kerajaan, Sektor Swasta, Usahawan, Surirumah dan sebagainya. 

Untuk berdaftar sebagai ahli KOIL, bayaran sebanyak RM5 sahaja dikenakan sekali seumur hidup dan setiap ahli berpeluang untuk menggunakan kemudahan internet secara percuma malah cas perkhidmatan lain seperti mencetak, fotokopi, mengimbas dan lain-lain ditawarkan dengan harga yang lebih murah kepada ahli KOIL. Selain itu, KOIL juga menawarkan latihan ICT secara percuma dan asas keusahawan bersijil bagi ahli yang berminat.