e-Usahawan

Laporan Aktiviti | 1 February 2018
Tarikh : 30-31 Januari 2018
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : Kemaman Open Innovation Lab (KOIL)
Peserta : 10 orang

Tujuan

Pelajar IKBN Kemasik diperkenalkan dengan perniagaan secara atas talian dengan menggunakan platform eUsahawan Muda yang merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasaka keusahawanan digital di peringkat akar umbi. Kelas selama 2 hari adalah sesi memperkenalkan platform dan juga sesi pendaftaran.

Aktiviti

-Sesi perkenalan dengan platform e-Usahawan (https://eusahawan.mdec.my/)

-Penerangan mengenai keusahawanan digital dari Pengajar Kelab keusahawanan iaitu Puan Suhana

-Sesi pendaftaran platform e-Usahawan dan fungsi-fungsi yang dapat dimanfaatkan dari e-Usahawan

 

Gambar Program