mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Pi1M Q4 2107- Norazliha Bt Ghazali

Nama : Norazliha Bt Ghazali
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Norazliha merupakan seorang guru kafa dan mengajar bacaan alquran kepada pelajar sekolah rendah secara separuh masa. Beliau juga mula berminat dalam pembuatan dan pernigaan roti canai sejak mendapat permintaan dalam kalangan kenalan terdekat dan mula bergiat aktif sejak menyertai Program di KOIL.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menyertai kelas yang ditawarkan oleh KOIL, Puan Norazliha berniaga secara offline dan mendapat tempahan dari kenalan setempat. Tujuan beliau menyertai program KOIL adalah untuk mempelajari teknik-teknik pengiklanan produk secara atas talian. Disebabkan oleh kurang pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan internet, beliau diajak oleh rakan untuk turut sama menyertai Kelas ICT yang ditawarkan oleh KOIL disamping menghadiri kursus keusahawan di KOIL.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai kelas yang ditawarkan oleh petugas KOIL, Puan Norazliha mempelajari bagaimana mencipta laman Facebook sebagai platform perniagaan makanan basah beliau. Selain itu, beliau juga mempelajari teknik membuat logo di tahap beginner menggunakan Adobe Photoshop untuk tujuan penjenamaan. Kini, produk Roti Canai Tanjung yang dibuat oleh Puan Norazliha semakin dikenali lebih ramai dan mendapat permintaan dalam kalangan peserta-peserta yang hadir dari Program KOIL. Disamping mempelajari teknik copywriting di laman Facebook, beliau juga menerima beberapa tempahan bukan sahaja dari daerah Kemaman malah juga pelanggan dari luar Kemaman