mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT PI Q2 2018- MOHD JASLAN KAMAL

Nama : Mohd Jaslan Kamal
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

En. Mohd Jaslan menjalankan perniagaan produk wangian iaitu Blackout & Justica secara sambilan dan sebagai seorang EDP officer di The Qamar Paka, Terengganu. Beliau mula berniaga pada awal tahun 2018 kerana minat dalam perniagaan disamping memenuhi permintaan rakan-rakan terhadap produk wangian yang sering digunakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai program ICT dan keusahawanan di KOIL, beliau merupakan seorang staf dari syarikat The Qamar, Paka dibahagian IT support. Beliau berminat untuk memulakan perniagaan wangian dan masih mencari program atau kelas yang sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam menceburi bidang perniagaan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai program ICT dan keusahawanan di KOIL, beliau mula bergiat atktif dalam peniagaan atas talian seperti dashboard myshop, facebook page dan link whatsapp sebagai medium pemasaran dan juga sebagai pemudah cara untuk berinteraksi dengan pelanggan. Melalui program Abihreng dan Kemah di KOIL juga, beliau belajar cara merangka copywritting sebagai satu strategi pemasaran atas talian.