| Nama | : Ahmad Ghazali Omar |
| Umur | : 32 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Encik Ghazali dan isterinya merupakan pengasas dan pengeluar produk pau sejuk beku sejak tahun 2016 dan kini mempunyai tiga orang kakitangan yang bekerja bersama untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum menyertai program ICT dan keusahawanan di KOIL, perniagaan Pau Rosalinda hanya mendapat permintaan di sekitar kawasan Terengganu iaitu di daerah Kemaman khususnya dan beliau memasarkan secara luar talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menyertai program ICT dan keusahawanan di KOIL, peniagaan Pau Rosalinda dapat mempelajari cara menggunakan Adobe Photoshop untuk menambahbaik logo perniagaan Pau Rosalinda. Beliau juga mula aktif dalam perniagaan atas talian iaitu media sosial Facebook dan berjaya memasarkan produk ke Selangor, Melaka dan Johor.