BENGKEL 3D PRINTER DAN LEGO EDUCATION
TARIKH: 27 & 28 JANUARI 2016
MASA: 8.30PAGI – 5.30 PETANG
TEMPAT: KEMAMAN OPEN INNOVATION LAB (KOIL)
Pihak MCMC telah mengadakan Bengkel latihan 3D Printer dan Lego Education bagi Pengurus Pi1M yang terpilih iaitu dari daerah yang terlibat dalam Inisiatif Komuniti Pintar. Daerah yang tersebut adalah Kemaman, Kota Belud (Sabah), Lundu (Sarawak), dan Putrajaya yang bertempat di Kemaman Open Innovation Lab.
Satu pertandingan telah diadakan diakhir bengkel Lego Education untuk menilai kekuatan dan keberkesanan programming lego robotik setiap kumpulan. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Lego Robot iaitu salah seorang ahli kumpulan adalah pengurus KOIL sendiri, tempat kedua dimenangi oleh Gyro Girl dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Smart Robot

















