Belia Harapan Bangsa
RANACO MARINE SDN BHD
Belia di RETI (RANACO Education and Training Institute) menyertai Program Sambutan Tahun Baru iaitu pada 1 Januari 2016 bersebelahan pasaraya Giant, Kijal Kemaman Terengganu.

IKBN KEMASIK
Belia di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik ini terdiri daripada pelajar-pelajar IKBN sendiri. Pelajar di IKBN Kemasik sentiasa aktif melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Berikut adalah beberapa aktiviti yang disertai oleh pelajar IKBN Kemasik.

Senamrobik
Senamrobik merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar IKBN Kemasik dan biasanya dilakukan pada waktu pagi dan petang

Kem Jati Diri
Kem Jati Diri juga kerap kali dijalankan oleh kakitangan IKBN Kemasik bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada pelajar disamping meningkatkan daya kreativiti dan semangat berpasukan melalui aktiviti fizikal