USAHAWAN MADU KELULUT HUMAYRAA
| Nama | : Nor Aishah binti Abd Majid |
| Umur | : 39 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Puan Noor Aishah Bt Ab Majid merupakan graduan Diploma in International Trade (KUSZA) dan Degree of Communication (UUM) dan mula menjalankan perniagaan ini pada tahun 2015 sebagai pekerjaan tetap kerana minat dan kemudahan mendapatkan sumber madu yang diproses secara organik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli KOIL, jualan hanya tertumpu pada jualan atas talian dan kurang tarikan yang diperolehi terhadap produk sabun madu kelulut HUMAYRAA.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kursus Camboh, Abihreng dan Kemah di KOIL, beliau mempelajari cara membuat penjenamaan semula dengan mengubah logo dan meluaskan pasaran kepada kaedah OEM. Seterusnya, beliau juga dapat membuat bar kod dan ujian makmal untuk produk melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), meluaskan pasaran ke Pasaraya Sabasun seluruh negeri Terengganu melalui program Abihreng yang dijalankan di KOIL.