mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN PI Q1 2018- CRAFT DIY

USAHAWAN CRAFT DIY

Nama : Nurhayati Binti Ramli
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Cik Nurhayati Ramli iaitu pengusaha Craft DIY memulakan perniagaan beliau sekitar awal tahun 2017 dan mempunyai sasaran pelanggannya tersendiri yang terdiri daripada tukang jahit dan penggemar buatan kraf kreatif sekitar Kemaman Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli KOIL, prestasi perniagaan beliau adalah baik namun keuntungan yang diperoleh tiada turun naik tetapi sentiasa mendatar dan tiada penambahan keuntungan. Beliau juga kurang menyertai program-program keusahawanan disebabkan oleh kurangnya pendedahan mengenai strategi pemasaran sebenar. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai kursus Camboh, Abihreng dan Kemah di KOIL beliau berpeluang mempelajari teknik penjenamaan semula, teknik copywriting dalam media sosial bertujuan menarik lebih ramai pelanggan yang mampu beliau capai. Selain itu, pendapatan beliau juga semakin meningkat pernah mencapai dari angka rm1000 sehingga ke angka rm10 000