mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN PI Q1 2018- DUNYUT MUNCHIES

USAHAWAN PASTRI

Nama : Sharifah Ahlam Wafa Bt Syed Mohd Iskandar Wafa
Umur : 26 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Wafa mula menjalankan perniagaan Dunyut Munchies pada februari 2017 dan mendapat permintaan produk beliau sejak memasarkannya di platform instagram dan facebook. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menjadi ahli KOIL, Puan Wafa mendapat tempahan sandwich melalui facebook dan instagram. Malah beliau juga menawarkan khidmat Cash On Delivery (COD) supaya produk dapat sampai dengan lebih cepat kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tempahan premium sandwich akhirnya sampai di IKBN Kemasik dan pengusaha Dunyut Munchies mula mendapat pendedahan mengenai platform Dashboard Komuniti yang ditawarkan di KOIL. Melalui penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh petugas KOIL, Puan Wafa berminat untuk mengiklankan produk beliau dan mengikuti sesi pembelajaran mengenai Dashboard Komuniti dengan petugas KOIL. Kini, Dunyut Munchies bukan sahaja dikenali di sekitar Kemaman malah juga di seluruh negeri melalui platform Dashboard Komuniti.