mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Pi1M Q3 2107- Noorul Izma Bt Ghazali

Nama : Noorul Izma Bt Ghazali
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Izma merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mula menceburi bidang perniagaan produk kesihatan kerana beliau juga mendapat manfaat semasa menggunakan produk kesihatan tersebut. Beliau menceburi bidang perniagaan dengan tujuan keluarga serta rakan-rakan terdekat juga dapat menggunakan produk tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menyertai kelas yang ditawarkan oleh KOIL, Puan Izma berniaga secara kecil-kecilan di sekitar Kemaman secara separuh masa. Beliau merupakan seorang peniaga dari rumah kerana mengasuh anak sendiri di kediaman beliau. Beliau menceburi bidang pernigaan ini pada awalnya adalah kerana minat dan pada masa yang sama masih dapat mengasuh anak-anaknya sendiri. Beliau menjalankan perniagaan secara online iaitu menggunakan media Facebook persedirian tetapi masih belum mahir pengiklanan secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai kelas yang ditawarkan oleh petugas KOIL, Puan Izma dapat mempelajari cara membuat logo bagi produk yang diniagakan sebagai salah satu teknik pemasaran atas talian. Pada masa yang sama beliau juga dapat mempelajari teknik pemasaran yang betul menggunakan media sosial seperti FB Pages dan pengiklanan produk dengan lebih berkesan. Sejak mempelajari penggunaan ICT, beliau mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.